Powered by Blogger.
RSS

Budaya Keusahawanan

Budaya Keusahawanan

Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu ke arah yang dikehendaki dan diterima oleh masyarkat setempat.  Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuan dan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehla didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individu dalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan. 


Aspek Pembudayaan Keusahawanan

Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masa kini atau akan datang.     
  • Mengawal halatuju masing-masing

Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman dan luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang. Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang apling sesuai bagi memajukan perniagaannya.
  • Memaksimumkan potensi diri

Usahawan tidak boleh cepat berpuas hati dengan apa yang dicapainya setakat hari ini. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesang dan melihat permasalahan, peluang serta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu, mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan tektik untuk menangani dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.
  • Berorientasikan perancangan

Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawan mestilah sentiasa memfokus kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masa yang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah pakar dalm semau aspek maka mereka perlu pihak lain yang lebih pakar bagi menentukan keputusan yang diluar kepakaran yang dimiliki. Langkah berhati-hati perlu bagi usahawan merancang masa depan dan perniagannya dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidakpastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.
  • Inovatif

Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovativ lagi kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merebut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pembudayaan inovasi dalam penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif, defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan semasa. Pembudayaan inovasi juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz pasaran, memodifikasikan produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan.

  •  Kesediaan untuk merebut peluang. 
Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti dan dieksploitasi sendiri oleh usahawan.  Oleh itu, seseorang usahawan itu perlulah memaksimumkan kekuatan, daya berfikir dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalh-masalah tersebut sebagai peluang. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan perhatian tehadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada pada diri sendiri.

  •  Meningkatakan kualiti kerja secara berterusan
  Penghasilan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan kepuasan pelanggan. Seterusnya akan memberikan keuntungan kepada usahawan. Nilai kualiti yang tinggi akan memberikan pulangan yang menguntungkan melaui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan perlulah berusaha untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Teknologi merupakan satu mekanisma yang dapat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para usahawan juga perlu prihatin terhadap epnggunaan teknologi kerana ia menyumbang ke arah pembuatan dan teknik reka bentuk yang lebih cekap dan tingkat daya pengeluaran yang lebih tinggi. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Oleg said...

Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

Post a Comment