Powered by Blogger.
RSS

Faktor Berlakunya Kegagalan Sebagai Seorang Usahawan

Faktor Berlakunya Kegagalan Sebagai Seorang Usahawan
Antara adalah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang usahawan itu gagal dalam perniagaannya adalah seperti berikut :

1.    Strategi Pemasaran Yang Tidak Berkesan
Strategi pemasaran yang dilaksanakan tidak berkesan bagi menarik minat pelanggan dan tidak mampu mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan mudah tertarik dengan pesaing yang memiliki strategi pemasaran yang bagus dan berkualiti.

2.    Tidak Berjaya Dalam Pengurusan Saluran Tunai
Tiada catatan dan rekod transaksi simpanan wang yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan telus dan dikawal.

3.    Khidmat Pelanggan Yang Tidak Mahir / Cekap
Usahawan hanya memikirkan strategi untuk mendapatkan pelanggan tanpa memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Malah, untuk mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mencari pelanggan. Usahawan juga tidak memberi latihan kepada pekerja untuk menjadi khidmat pelanggan yang cekap dan betul.

4.    Lokasi Perniagaan Yang Tidak Strategik
Contoh lokasi yang tidak strategik seperti kedai perniagaan anda sukar untuk ditemui oleh pelanggan atau kedai anda berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat yang menyukarkan pelanggan untuk berhenti membeli barangan atau produk pakaian.

5.    Usahawan Yang Tidak Berfikiran Jauh
 Usahawan yang memiliki permikiran ke belakang seperti tidak berfikiran global dan futuristik. Mereka tidak mengambil tahu mengenai perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan atau produk yang dijual tidak menepati ciri-ciri terkini dan menyukarkan pelanggan untuk meyakini produk tersebut. Ini menyebabkan permintaan agak berkurang.
 Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa seperti menghadiri kursus atau seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan atau yang pakar dan membaca majalah serta laman web berkaitan keusahawanan.

6.    Mengambil Ringan Mengenai Aspek Perniagaan
Mereka beranggapap walaupun sudah lama bertapak dalam perniagaan, mereka tidak akan jatuh atau menghadapi sebarang kesulitan. Jadi, mereka mengambil ringan mengenai aspek perniagaan seperti tidak perlu berdaya saing, tiada idea kreatif dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan serta terlalu yakin dengan kelebihan diri yang sedia ada.

7.    Kurang Modal Kewangan Syarikat
Tidak merancang kewangan dengan teratur dan bersistematik. Malah, tidak memiliki modal yang mencukupi untuk berkembang dalam dunia perniagaan. Memberikan kata-kata manis kepada pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan tersebut. Perlu beringat, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik dan sempurna mampu membuatkan perniagaan anda semakin berkembang.

8.    Kurang Pengalaman
 Usahawan yang menjalankan perniagaan tanpa mempunyai pengalaman yang luas, tidak mahir atau tidak minat dalam dunia perniagaan. Kebiasaanya, usahawan yang bermula daripada bawah mudah berjaya dan kekal lama dalam perniagaan yang dijalankan kerana pengalaman yang dimilikinya. Malah, mereka juga tidak mudah mengalah dalam persaingan.

9.   Suka Bertangguh
 Dokumen yang diuruskan sepatutnya disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan, tetapi disebabkan suka bertangguh, kerja menjadi semakin banyak dan bertimbun. Malah, memberi kesan perniagaan pada syarikat anda dan menyebabkan proses sesuatu kerja tergendala.


10. Rakan Kongsi Perniagaan Berpecah
 Perniagaan gagal dijalankan dengan baik kerana rakan kongsi yang pecah amanah, tidak sehaluan dan tidak bertanggungjawab.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment