Powered by Blogger.
RSS

News

ARKIB : 02/04/2014

Ketua perlu mempunyai tahap kepemimpinan tinggi - Zeti    
                     
KUALA LUMPUR 1 April - Ketua bagi setiap organisasi perlu mempunyai daya kepe-
mimpinan yang tinggi untuk memenuhi kehendak dan keperluan pekerja masing-masing yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, harapan yang diletakkan terhadap ketua atau pemimpin sangat tinggi dan organisasi boleh terjejas jika terdapat tanggapan seseorang ketua telah berubah.
Beliau berkata, struktur organisasi yang berubah mengikut peredaran masa dan penyampaian maklumat yang tidak terhad akan mencabar kredibiliti seseorang pe-
mimpin.
"Persekitaran kini menyebabkan tenaga kerja yang berbakat sukar ditemukan, maka harapan kini pada pemimpin atau ketua yang boleh memberi hala tuju yang jelas kepada organisasi dan pekerja.
Beliau dalam ucapan pelancaran Indeks Kepemimpinan Asia Iclif, di sini hari ini berkata, pemimpin perlu menjadi pencetus semangat supaya pekerja dihargai dan mampu memberi sumbangan kepada organisasi.
"Di dalam usaha untuk mencapai sasaran syarikat dalam waktu yang sukar, pemimpin juga perlu mewujudkan semangat di dalam organisasi agar setiap pekerja dapat memberikan sumbangan yang diperlukan," katanya lagi.
Katanya lagi, tanggapan pekerja khususnya generasi muda bukan sahaja telah berubah, malah berbeza mengikut kawasan tertentu.
Indeks tersebut merupakan kajian yang dilakukan oleh Pusat Pentadbiran dan Kepimpinan ICLIF bagi mendedahkan tahap hubungan pekerja dan keberkesanan pemimpin organisasi meliputi 18 buah negara Asia Pasifik, termasuk Malaysia.
Kajian itu turut mengukur tahap kepercayaan pekerja terhadap pemimpin organisasi serta apakah yang diharapkan ke atas seorang pemimpin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment