Powered by Blogger.
RSS

Pembangunan Perkembangan Usahawan Di Malaysia

Pembangunan Perkembangan Usahawan di Malaysia

Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila penduduk tempatan menjalankan urusniaga dengan pedagang asing. Tanah Melayu khususnya Melaka ketika itu telah menjadi tempat pelabuhan pedagang-pedagang berhenti berlabuh. Kemahshurannya di kalangan pedagang luar tidak asing lagi sehingga menimbulkan minat dikalangan kuasa besar untuk menaklukinya. Dan akhirnya apabila British berjaya memerintah Tanah Melayu, mereka membawa masuk buruh dari Cina dan India seterusnya menukarkan struktur sosial sedia ada dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan pemecahan ini orang Melayu dikerah bekerja sebagai pentadbir dan ditempatkan disektor pertanian. Kaum Cina bekerja dilombong dan berniaga manakala kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya kaum Cina lebih kehadapan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.
            Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya bidang keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara serta mula memikirkan kepentingan sumbangannya kepada negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah menekankan bidang keusahawanan sehingga hari ini. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak menggalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan merupakan bukti-bukti kerajaan Malaysia  mengambil berat akan bidang keusahawanan.      
            Selain itu kerajaan menunjukkan galakan terhadap pembangunan keusahawanan dengan memberikan pengiktirafan kepada usahawan yang menyumbang kepada pembangunan negara. Pada tahun 1995 kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanana di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi. Penggalakkan keusahawanan turut di serap kepada masyarakat melalui perkenalannya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) baik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Suatu program telah dirangka dan dilaksanakan di beberapa buah IPT di Malaysia. Program ini dinamakan Program Pembudayaan Keusahawanan Siswa dan mempunyai empat aktiviti utama. Aktiviti pertama merupakan modul keusahawanan yang diajar untuk semua pelajar tahun satu sebanyak dua jam kredit. Aktiviti kedua ialah pelajar diminta menganjurkan kursus asas keusahawanan siswa selama lima hari untuk pelajar tahun akhir. Manakala aktiviti ketiga ialah Program Pembudayaan Usahawan Siswa (PPUS) tajaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Aktiviti keempat pula ialah program Student In Free Enterprise (SIFE) yang bertujuan untuk menggalakkan siswa menjalankan aktiviti ekonomi dan kemasyarakatan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat setempat.

            Pembangunan keusahawanan di Malaysia berkembang pesat sepesat pembangunan negara. Kerajaan berusaha keras dari masa ke masa memberi sokongan dalam bidang keusahawanan untuk memastikan masyarakat sedar akan kepentingannya iaitu bukan sahaja dapat menyumbang manfaat kepada pertumbuhan negara bahkan memberi kebaikkan kepada individu yang terlibat sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment