Powered by Blogger.
RSS

Masalah Pra Start-Up , Start-Up Dan Post Start-Up Perniagaan Yang Dihadapi Oleh Usahawan

Masalah Pra Start-Up , Start-Up Dan Post Start-Up Perniagaan Yang Dihadapi Oleh Usahawan
Usahawan ialah orang yang melibatkan diri dalam sesuatu perniagaan atau perusahaan. Dia bertanggungjawab dalam mengusaha sesuatu perusahaan samada dalam bidang pertanian, penternakan, pengeluaran atau perkhidmatan. Pendek kata usahawan ialah orang yang berusaha membuat sesuatu yang baru (kreatif), merancang dan mencipta sesuatu yang lebih baik (inovatif), mengatur serta mewujudkan pasaran dan sanggup menghadapi risiko.Sebagai seorang usahawan, anda pasti tahu dan mengaku bahawa tak ada seorang usahawan pun yang dapat lepaskan diri daripada menghadapi masalah. Masalah tak akan pernah habis melanda usahawan semenjak dari mula berniaga, ketika perniagaan masih kecil sehinggalah perniagaan berkembang dan membesar.Oleh itu, saya akan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh usahawan selama memulakan perniagaan ,start-up dan selepas start-up.

1.  Pra start-up perniagaan
Biasanya masalah yang akan dihadapi oleh usahawan pada pra-start-up perniagaan ialah  tidak mendapat sokongan keluarga.Ini disebabkan ,sebagai seorang usahawan perlu menghadapi risiko yang tinggi berbanding dengan pemilik perniagaan kecil, ahli keluarganya takut kegagalan apabila perniagaan tidak Berjaya dijalankan.Kedua masalah ialah tidak mempunyai modal permulaan yang mencukupi. Modal permulaan bukanlah bermakna modal yang anda perlu ada, hanya untuk memulakan perniagaan semata-mata.Tapi ia bermakna modal yang anda akan gunakan sekurang-kurangnya, sehingga anda mendapat kembali sepenuhnya modal tersebut.Modal yang paling baik adalah modal yang dapat digunakan untuk menampung perniagaan anda, untuk sekurang-kurangnya setahun dari hari ia mula beroperasi.Maka kekurangan modal akan menyebabkan perniagaan menjadi gagal .Selain itu, masalah yang dihadapi oleh usahawan ialah masalah pemilihan lokasi yang strategic. Usahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.Kegagalan memilih lokasi yang strategic akan menyebabkan perniagaan tidak Berjaya。

2. Start-up perniagaan
Untuk membangunkan sebuah perniagaan bukannya senang malah sangat rumit.Pada start-up perniagaan ,usahawan akan menghadapi masalah  melayan kerenah pelanggan yang pelbagai.Usahawan perlu peka dengan perkembangan semasa dan kepelbagaian corak fesyen kerana ramai pelanggan mahukan sesuatu yang baru.Oleh itu usahawan kena tidak malu untuk belajar  mengejar pembaharuan itu. Di samping itu , ialah masalahi pekerja disebabkan oleh tingkah lakunya .Biasanya usahawan akan menghadapi dengan pekerja yang tak buat kerja, malas, suka ponteng, tak tahu nak buat kerja, tak berminat datang kerja, tak boleh diharapkan, tak bekerjasama dan senarainya akan datang berjela-jela.Masalah yang ketiga akan dihadapi oleh usahawan ialah masalah jualan .Apabila masalah pemasaran berjaya diselesaikan dan berjaya membuka pagar yang memisahkan antara pelanggan dengan syarikat anda, timbul pula masalah jualan. Pelanggan datang tapi tak beli. Atau pelanggan beri respon tapi tidak dilayan pula dan sebagainya.Ini merupakan antara masalah yang akan dihadapi oleh usahawan pada start-up perniagaan.

3. Post start-up
Masalah yang akan dihadapi oleh usahawan pada level ini ialah masalah kehilangan semangat. Ini merupakan masalah pada diri usahawan itu sendiri yang adakalanya datang dan pergi.Apabila perniagaan  rugi teruk, semangat untuk berniaga turun, bila banyak kerja sangat tapi tak untung, semangat juga akan mula pudar. Masalah ini perlu dihadapi dan diselesaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kerana ia merupakan perkara paling penting nombor satu dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.Kedua masalah yang dihadapi ialah persaingan . Usahawan mesti memikirkan tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing, bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.Seterunya ialah masalah potensi berkembang. Masa hadapan perniagaan tersebut hendaklah dikaji dengan teliti samada ianya berpotensi untuk berkembang maju lagi atau tidak. Kajian masa hadapan ini boleh dilakukan dengan melihat statistik-statistik serta keadaan pasaran semasa.


Kesimpulannya ,untuk menjadi seorang usahawan bukannya senang terdapat banyak masalah perlu dihadapi dan dikaji secara teliti demi kerjayaan perniagaan masa hadapan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment